CaRi ApA

Wednesday, 18 July 2012

CIKGU JANGANLAH NANGIS !!!

Terlalu indah kebahagiaan yang aku kecapi setelah setahun setengah aku berhempas pulas membanting tulang mengulangkaji pelajaran untuk STPM 2011. 
Semua kesengsaraan yang aku hadapi semasa peperiksaan tidak pernah hilang. 
Semua 'pelajaran kehidupan' masih lagi tersimpan rapi di dalam kotak memori ku ini.

Namun disebalik semua tangisan dan kekecewaan yang melanda diriku ini, telah hilang ditiup bayu kegembiraan saat aku mendapat khabar bahawasanya aku berpeluang untuk menjejakkan kaki aku ke menara gading.


Saat kegembiraan itu telah aku kongsikan dengan hampir semua kenalan. namun, terdapat seorang hamba Allah yang aku amat hormati telah meluahkan perasaan bangga beliau terhadap kejayaan aku ini dengan titisan air mata beliau yang aku anggap terlalu bernilai dan bermakna. 
Terlalu banyak makna yang tersirat disebalik titisan airmata beliau. 
Tatkala aku menyedari bahawa beliau menitiskan air mata beliau untuk kejayaanku, aku menyatakan kepada beliau, "Cikgu janganlah nangis !! ".
Beliau membalas dengan penuh kasih sayang, "Saya gembira untuk awak". 

Terlalu banyak pengorbanan yang telah beliau lakukan untuk kejayaan kami semua. aku amat bersyukur kepada-Mu ya Allah atas perkenalan yang telah Engkau tetapkan untuk hamba-Mu yang kerdil ini. 
Tidak akan aku sia-siakan perkenalan antara kita semua.