CaRi ApA

Sunday, 28 July 2013

just need understanding


Kadang hati ini tertanya. Kenapa aku? Kenapa bukan dia? Kadang hati ini terdetik. Aku juga inginkannya. Sekadar secebis kasih yang dia miliki. Aku juga ingin memilikinya. Bukan meminta tapi sekadar bermimpi. Mimpi yang aku tahu takkan pernah akan aku miliki. Menitis air mata ini tatkala aku dinafikan. Bukan tak mengerti niatmu. Tetapi adakah apa yang aku inginkan itu terlalu besar nilainya bagimu? Tidak. Ia tidak bermakna bagimu. Tetapi ia begitu bernilai bagiku. Tak pernah aku meminta. Jika ada, pasti tidak setanding dengan apa yang kau berikan kepadanya. Kebebasan. Kasih sayang yang tak berbahagi. Perhatian. Seksanya hati ini apabila mengetahui aku dipinggir. Aku sering rasa keliru. Di mana tempat aku? Adakah di sini? Atau di sana? Yang pasti, tatkala aku di dunia satu lagi, aku bahagia. Berjauhan darimu. Tiada perasaan cemburu. Namun, rindu. Sering mengetuk pintu hati ini. Sudah aku kunci hati ini. Tetapi masih berjaya ditembusi oleh rindu.



Apa yang harus aku lakukan? Aku inginkannya. Namun aku tahu. Takkan pernah dapat aku kecapi. Bukan besar pintaku. Hanya pengertian. Fahamilah isi hatiku ini. Insan yang kerdil. Tak punya apa-apa. Sekadar lautan kasih-sayang yang ingin aku kongsikan bersama semua yang aku kenali. Tak banyak. Hanya secubit kasih darimu. Hanya secubit pengertian darimu. Itu sahaja yang aku impikan. 

Tuesday, 1 January 2013

MENJADI MANUSIA




Sejak pertama kali menjejak kaki ke tanah ilmu ini, telah aku rasakan bahawa hidupku akan berubah. Tanpa aku ketahui perubahan secara positif mahupun negatif, aku terima dengan optimis. Secara perlahan aku mulai mengenal sifat semula jadi manusia yang sebelum ini tidak pernah aku temui. Sangkaan aku mengenai persamaan antara semua manusia itu sama dari segala aspek adalah salah sama sekali. Ternyata walau rambut kita sama hitamnya, darah kita sama merahnya tetapi kita tetap berbeza. Andai hati nurani setiap manusia itu adalah sama, pastinya dunia ini akan menjadi suatu kawasan tanah yang subur dan hijau. Namun, hal itu tak mungkin terjadi kerana telah diciptakan oleh-Nya setiap manusia itu adalah berbeza. Kejadian ini adalah agar bumi ini menjadi tempat perhentian semua manusia untuk belajar mengenai kehidupan sebelum menuju ke kehidupan yang abadi.

Dalam kehidupan ini, seharusnya kita semua berusaha dan menjadi khalifah yang memakmurkan bumi ini bukannya malah merosakkan keindahan ciptaan-Nya. Telah diciptakan setiap manusia dibumi ini untuk mempunyai pelbagai jenis perasaan yang membantu manusia menjadi makhluk ciptaan-Nya yang lebih baik sifatnya berbanding ciptaan-Nya yang lain. Manusia diciptakan memiliki akal fikiran yang divisualkan sebagai ‘otak’ yang sepatutnya menjadi tunjang kawalan kepada semua yang berkaitan dengan tubuh dan fikiran manusia. Selain itu manusia juga diciptakan bersama sebentuk daging yang dipanggil ‘jantung’ yang membantu manusia untuk bernafas. Kadangkala jantung ini didefinisikan juga sebagai ‘hati’ kerana apabila manusia mengalami masalah yang berkaitan dengan perasaan, secara automatik tangannya akan menunjuk ke lokasi dimana jantung itu berada. Telah menjadi lumrah kehidupan, tidak semua manusia mempunyai hati dan nurani yang sama antara satu sama yang lain. Telah ditakdirkan bahawa semua manusia itu adalah berbeza dari semua aspek. Baik dari paras rupanya yang fizikal itu, mahupun dari hati dan perasaannya yang literal itu.

Telah diciptakan dengan sebaik-baik cara oleh Allah SWT bahawa setiap manusia itu tidak akan ada yang sama dari walau satu aspek pun. Sesungguhnya manusia itu perlu belajar mempelajari tentang satu sama lain. Hanya dengan cara ini, manusia dapat menentukan apa yang terbaik untuk dirinya dan juga untuk yang lain. Seburuk mana perangai seseorang manusia yang kita kenali itu, kita hendaklah mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Semoga manusia itu menjadi makhluk yang seimbang dalam segala aspek. Semoga juga manusia itu tidak membawa kesan negatif kepada manusia yang lain. Dalam usaha kita semua menjadi manusia yang sempurna, tidak seharusnya kita melupakan manusia-manusia yang telah tersimpang jauh dari hala tuju sebenar ciptaan-Nya ke atas mereka.

Sesungguhnya aku hanya menyatakan pandangan. Apabila aku berkenalan dengan segolongan manusia, aku juga ikutan mempelajari tentang diri aku sendiri. Seseorang manusia itu tidak akan mempelajari tentang dirinya tanpa mempelajarinya melalui orang lain. 

Sunday, 30 December 2012

JAGA DIRI SAYANGKU

Sekian lama tak blogging.. saya kembali..



kini saya ingin berkongsi cerita saya sebagai seorang mahasiswa di sebuah IPTA di Malaysia
iaitu Universiti Malaysia Kelantan 
bangga sangat dapat masuk u... setelah sekian lama bermimpi menjadi seorang mahasiswa


banyak perkara yang aku pelajari sepanjang masa aku di sini (UMK). Antaranya :

1. tak mudah menjadi mahasiswa andai mentaliti masih lagi mentaliti budak sekolah.
2. setiap hari adalah hari yang mencabar dan menduga kesabaran.
3. andai dulu aku suka sangat jaga hati kawan, sekarang ni pon masih. kesannya, aku makan hati. bukan dengan semua yang aku kenali tetapi hanya segelintir. ingin aku kongsikan sedikit kisah hidupku.


Aku jenis yang tak kisah untuk bergerak sendiri kerana sesungguhnya aku dididik untuk belajar berdikari sejak mula lagi. jadi aku tak hairan lah kalau setakat kena pergi kelas sendirian. semuanya ok sehinggalah aku berkenalan dengan seorang gadis. setelah aku kenali dia, aku ketahui bahawa dia berasal tak jauh dari tempat tinggal ku. pada saat pihak universiti mengumumkan tarikh cuti mid-sem, aku teruja untuk pulang ke kampung halaman setelah 2 bulan merantau di negeri orang. si dia menawarkan kepada aku untuk pergi membelikan tiket bas untukku. aku tidak mungkin menolak niat baik si dia.si dia membelikan aku tiket couple seat dengannya. aku tak kisah. asalkan aku dapat pulang. segalanya baik sahaja sehingga selepas kembali ke universiti selepas cuti mid-sem. aku dapati si dia mulai rapat dengan rakan serumah ku. bukan bermaksud untuk cemburu kerana hal itu tak pernah wujud dalam kamus hidupku andai ianya berkaitan dengan bersahabat. kerana aku sesungguhnya jenis orang yang suka dan senang berteman. bukan isu bagiku andai si dia ingin berteman dengan sesiapa juga. namun, yang menjadi isu bagiku adalah apabila si dia mulai melupakan aku untuk hal-hal yang penting. sekarang ni dah musim mencari tiket pulang ke kampung halaman kerana sudah musim peperiksaan akhir. sudah pasti aku juga ingin pulang ke kampung halaman. namun mungkin si dia terlupa aku wujud disisinya. si dia sudah bahagia bersama teman baru. apa yang mampu aku lakukan hanyalah BERSABAR dan BERTENANG serta BERUSAHA semampu ku untuk menyelesaikan masalah ku ini. pasti yang Maha Esa sudah menyusun yang terbaik untuk ku. jadi.. sabar ye wahai hati..


Maka, pelajarilah satu perkara wahai SAHABAT, bukan semua orang suka dengan kita TETAPI kita kena belajar suka dengan SEMUA orang.

Wednesday, 19 September 2012

AKU BUDAK U !!!!

SALAM .... dah lama rasanya tak post blog nii... nak bagitahu ... aku sekarang dah jadi budak u... heeee... jangan marah... saja nak update... aku sekarang duk kelate... jadi minah kelate... belajar kecek kelate.. makan nasi kukus hari2.... gemuk laaa pulak... komperm berat aku dah naik sekarang nii.... tapi tak nak pergi timbang untuk check.... saja... tak nak nanti dapat tahu berat badan naik melambung2.... hahaha... mesti kawan2 semua gelak kalau jumpa aku dah gemuk... weqq... 

kulish dah bermula... lecturer untuk kelas lukisan, en. issarezal sangat lah mengingatkan aku pada abang tersayang, cikgu ikram... sejibik gayanya bila mengajar... mulut sangat bebas menutur kata2.... wahwhhhaha.... rindoo zaman sekolah....

Sunday, 12 August 2012

AKU BUKAN HAMBA !!

aku bukan hamba sesiapa.. apa yang aku lakukan adalah atas kehendak aku sendiri. kalau aku nak buat, aku buatlah. kalau dah aku tak nak buat, janganlah paksa. aku dah turut kehendak semua pihak. tapi sepertinya apa yang aku lakukan tak pernah cukup sempurna bagi semua.

ikutkan hati aku, aku takkan kemana2 pun dalam tempoh ni. tapi aku turutkan juga kehendak semua. bila aku turutkan si A, si B puls kecil hati.. bila nak jaga hati B, A pulak tarik muka.. habis tu, hati aku sapa nak jaga???? aku ni ibarat tak de sapa yang kisahkan... sedih rasanya hati ini.. 

kenapa susah ek nak puaskan hati semua orang?? AKU BUKAN HAMBA !!!!! aku dah cuba yang terbaik untuk jaga hati semua pihak.. kat sana kejap, kat sini kejap.. adil dan saksama.. semua dapat merasa.. lebih baik daripada takde kan?? tapi aku tetap takkan dapat puaskan hati semua orang.. 

takpelah...sabar je la fadhilat fateha... kau tu memanglah bukan milik sesapa.. tapi dah mereka tu yang bagi ko makan minum,, sekolah,, pakaian,, duit segala... ye terpaksa terima.. sabar yeww...

Wednesday, 18 July 2012

CIKGU JANGANLAH NANGIS !!!

Terlalu indah kebahagiaan yang aku kecapi setelah setahun setengah aku berhempas pulas membanting tulang mengulangkaji pelajaran untuk STPM 2011. 
Semua kesengsaraan yang aku hadapi semasa peperiksaan tidak pernah hilang. 
Semua 'pelajaran kehidupan' masih lagi tersimpan rapi di dalam kotak memori ku ini.

Namun disebalik semua tangisan dan kekecewaan yang melanda diriku ini, telah hilang ditiup bayu kegembiraan saat aku mendapat khabar bahawasanya aku berpeluang untuk menjejakkan kaki aku ke menara gading.


Saat kegembiraan itu telah aku kongsikan dengan hampir semua kenalan. namun, terdapat seorang hamba Allah yang aku amat hormati telah meluahkan perasaan bangga beliau terhadap kejayaan aku ini dengan titisan air mata beliau yang aku anggap terlalu bernilai dan bermakna. 
Terlalu banyak makna yang tersirat disebalik titisan airmata beliau. 
Tatkala aku menyedari bahawa beliau menitiskan air mata beliau untuk kejayaanku, aku menyatakan kepada beliau, "Cikgu janganlah nangis !! ".
Beliau membalas dengan penuh kasih sayang, "Saya gembira untuk awak". 

Terlalu banyak pengorbanan yang telah beliau lakukan untuk kejayaan kami semua. aku amat bersyukur kepada-Mu ya Allah atas perkenalan yang telah Engkau tetapkan untuk hamba-Mu yang kerdil ini. 
Tidak akan aku sia-siakan perkenalan antara kita semua.