CaRi ApA

Tuesday, 1 January 2013

MENJADI MANUSIA




Sejak pertama kali menjejak kaki ke tanah ilmu ini, telah aku rasakan bahawa hidupku akan berubah. Tanpa aku ketahui perubahan secara positif mahupun negatif, aku terima dengan optimis. Secara perlahan aku mulai mengenal sifat semula jadi manusia yang sebelum ini tidak pernah aku temui. Sangkaan aku mengenai persamaan antara semua manusia itu sama dari segala aspek adalah salah sama sekali. Ternyata walau rambut kita sama hitamnya, darah kita sama merahnya tetapi kita tetap berbeza. Andai hati nurani setiap manusia itu adalah sama, pastinya dunia ini akan menjadi suatu kawasan tanah yang subur dan hijau. Namun, hal itu tak mungkin terjadi kerana telah diciptakan oleh-Nya setiap manusia itu adalah berbeza. Kejadian ini adalah agar bumi ini menjadi tempat perhentian semua manusia untuk belajar mengenai kehidupan sebelum menuju ke kehidupan yang abadi.

Dalam kehidupan ini, seharusnya kita semua berusaha dan menjadi khalifah yang memakmurkan bumi ini bukannya malah merosakkan keindahan ciptaan-Nya. Telah diciptakan setiap manusia dibumi ini untuk mempunyai pelbagai jenis perasaan yang membantu manusia menjadi makhluk ciptaan-Nya yang lebih baik sifatnya berbanding ciptaan-Nya yang lain. Manusia diciptakan memiliki akal fikiran yang divisualkan sebagai ‘otak’ yang sepatutnya menjadi tunjang kawalan kepada semua yang berkaitan dengan tubuh dan fikiran manusia. Selain itu manusia juga diciptakan bersama sebentuk daging yang dipanggil ‘jantung’ yang membantu manusia untuk bernafas. Kadangkala jantung ini didefinisikan juga sebagai ‘hati’ kerana apabila manusia mengalami masalah yang berkaitan dengan perasaan, secara automatik tangannya akan menunjuk ke lokasi dimana jantung itu berada. Telah menjadi lumrah kehidupan, tidak semua manusia mempunyai hati dan nurani yang sama antara satu sama yang lain. Telah ditakdirkan bahawa semua manusia itu adalah berbeza dari semua aspek. Baik dari paras rupanya yang fizikal itu, mahupun dari hati dan perasaannya yang literal itu.

Telah diciptakan dengan sebaik-baik cara oleh Allah SWT bahawa setiap manusia itu tidak akan ada yang sama dari walau satu aspek pun. Sesungguhnya manusia itu perlu belajar mempelajari tentang satu sama lain. Hanya dengan cara ini, manusia dapat menentukan apa yang terbaik untuk dirinya dan juga untuk yang lain. Seburuk mana perangai seseorang manusia yang kita kenali itu, kita hendaklah mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Semoga manusia itu menjadi makhluk yang seimbang dalam segala aspek. Semoga juga manusia itu tidak membawa kesan negatif kepada manusia yang lain. Dalam usaha kita semua menjadi manusia yang sempurna, tidak seharusnya kita melupakan manusia-manusia yang telah tersimpang jauh dari hala tuju sebenar ciptaan-Nya ke atas mereka.

Sesungguhnya aku hanya menyatakan pandangan. Apabila aku berkenalan dengan segolongan manusia, aku juga ikutan mempelajari tentang diri aku sendiri. Seseorang manusia itu tidak akan mempelajari tentang dirinya tanpa mempelajarinya melalui orang lain. 

No comments:

Post a Comment